#semua manusia melakukan kesilapan ,
maafkan saya jika ayat didalam blog ini
menyinggung perasaan sesiapa atau tersepai bahasa seketika. maaf sekali lagi :)

Tuesday, May 3, 2011

Al-Fatihah

pertama sekali ,sama-samalah kita sebagai umat islam sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah abang kawan saya , Amir atau abang Awin yang telah meninggal pada satu Mei , Ahad lepas. semoga rohnya di cucuri rahmat. pemergian arwah membuatkan keluarga arwah berasa amat kehilangan lagi lagi ibu Awin. takziah dari saya dan kawa-kawan yang lain. untuk Awin , tabahkan semangat dan banyakkan berdoa , dear. takziah sekali lagi.

benda yang paling dekat dengan kita adalah kematian , cuma kita tidak tahu entah bila sampainya ajal kita. setalah mendengar berita ini dari sahabat , langsung terus bulu roma menegak , gerun mendengar kematian. yaa kita gerun mendengarnya. dan sememangnya akan gerun , manakan tidak apabila kematian itu menghadap kepada orang orang yang tidak pernah kita menyangka akan pergi secepat itu. bila ajal di depan mata , sekelip mata segala-galanya akan lenyap begitu sahaja. ya , kita bermadah pada hari ini , tapi bukan madah biasa. madah yang penuh dengan makna dan maksud... ya Allah , panjangkan umurku , orang yang menjagaku ,ibu bapaku , seluruh keluargaku dan teman teman ku. Amin ~

No comments:

Terima Kasih Kerana Meng-Follow Saya